Wednesday, November 24, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid Dan Khatam Al Quran Sesi 2010

Pada 15 November 2010 , SK Star telah menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid Dan Khatam Al Quran Sesi 2010. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencapai prestasi cemerlang akademik dan kokurikulum serta murid-murid yanh berjaya Khatam Al Quran. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Star , Tuan Haji Ismail B Mat Akib.

Saturday, October 23, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010


Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 17 Oktober 2010 di tapak perhimpunan SK Star. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Star , Tuan Haji Ismail B Mat Akib .

Antara objektif program ini ialah untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan meningkatkan jati diri dan cintakan Bahasa Kebangsaan . Antara acara yang dijalankan ialah nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa , Budi Bahasa budaya Kita , Muhibbah oleh murid-murid tahun 6. Juga diadakan bacaan puisi oleh murid tahun 5.

Tuesday, October 19, 2010

Gotong Royong Membersih Madrasah



Aktiviti Gotong Royong membersih madrasah Kg Kala diadakan pada 30.9.2010. Ia adalah salah satu daripada aktiviti murid-murid tahun 6 yang baru sahaja menghabiskan peperiksaan UPSR. Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Star.

Antara objektif utama aktiviti ini adalah untuk melatih individu kearah mempertingkatkan semangat cinta dan sayangkan agama dan menanam nilai-nilai murni dari program yang disusun.

Saturday, May 15, 2010

MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN GURU


Motivasi keibubapaan dan Guru Anjuran Kesedar telah diadakan pada 5 Mei 2010 bertempat di Dewan D'Lavender SK Star. Antara objektif program ini adalah supaya Ibu bapa dapat kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan anak-anak yang cemerlang.
Penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Nik Mohamad B Nik Leh dari SMK Belimbing Tanah Merah. Program Motivasi ini mendapat sambutan yang baik dari pihak ibubapa dan kebanyakan mereka meminta agar program ini diteruskan pada masa akan datang.

Sunday, April 25, 2010

Program Puteriku Sayang

Program Puteriku Sayang dikhususkan kepada pelajar-pelajar perempuan SK Star bertujuan memberi sedikit pendedahan kepada mereka dalam merealisasi arus kehidupan masing-masing.Program ini telah oleh Tuan Guru Besar SK Star Tuan Hj. Ismail B Mat Akib pada 11.04.2010.

Saturday, April 17, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Mula ditubuhkan sebagai sekolah rakyat pada September 1962 dengan bangunan yang panjang 24 kaki dan lebar 25 kaki , beratap zink berdinding buluh serta tanpa kerusi meja. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 25 orang.

Diambil akih oleh Kementerian Pelajaran pada 11 Januari 1966 sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Bertam ( 20 KM daripada SK Star ).

Pada 1 Oktober 1966 , telah diletak di bawah pentadbiran sendiri.Guru Besar pertamanya ialah En Nik Omar B Nik Salleh.

Pada tahun 1979 , Sk Star telah mendapat bangunan kekal yang panjang 150 kaki dan lebar 25 kaki melalui Projek Bank Dunia . Asrama Desa SK Star mula ditubuhkan pada tahun 1995 untuk memberi kemudahan kepada murid-murid SK Star belajar .

Pada Ogos 2004 , di bawah pentadbiran Guru Besar En. Abdullah B Ahamad , warga SK Star telah berpindah ke bangunan yang baru disiapkan. Kini SK Star mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin . Pada bulan Mei 2008 , SK Star telah menerima Guru Besar baru iaitu Tuan Haji Ismail B Mat Akib dari SK Che Latiff , Kota Bharu.